KUALA LUMPUR: Institut Antarabangsa untuk Sistem Analisis Gunaan (IIASA) dipelawa menjalin kerjasama dengan Akademi Sains Malaysia (ASM) bagi menjayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN)
Menurut kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) malam tadi, pelawaan itu dibuat menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba ketika melawat IIASA, Laxenburg, Austria pada Ahad.
Kenyataan itu memetik Dr Adham sebagai berkata IIASA yang ditubuhkan pada 1972 mempunyai kepakaran dalam analisis sistem bagi pelbagai bidang disiplin terutama yang berkaitan dengan sains alam sekitar.
"MOSTI mempelawa IIASA untuk meneroka platform kerjasama dengan ASM dengan menyumbang pengetahuan mereka dalam bantuan teknikal untuk memperkukuh PTKPN yang lebih bersepadu menjelang akhir tahun 2023," menurut Dr Adham.
Selain itu, Dr Adham berkata PTKPN akan memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu pembangunan sistem pengawasan, pemantauan dan penjejakan impak (Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) Trend Watch) untuk kesihatan planet sebagai pemboleh bagi pelaksanaan PTKPN.
Tumpuan lain adalah meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam kawasan zoonosis ke arah pembangunan pangkalan data nasional untuk genomik alam sekitar bagi mengawal dan mencegah penyakit zoonosis secara holistik melalui Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI), ASM serta agensi berkaitan.
IIASA dan ASM telah bekerjasama menerusi pelbagai bidang penyelidikan terutama dalam menangani jerebu dan pembakaran biojisim di Malaysia dan Asia, minyak sawit tanpa penebangan hutan serta mengunjurkan perubahan populasi dan modal insan di negara ini.
Semenjak 2013, terdapat 26 lawatan penyelidik IIASA ke Malaysia manakala 47 individu antaranya penyelidik, penasihat dan diplomat dari Malaysia telah melawat atau menghadiri sekurang-kurangnya satu acara di IIASA.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
Dr Adham mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah IIASA Dr Albert Van Jaarsveld di Pejabat IIASA, Laxenburg, Austria. - Facebook Dr Adham Baba
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
MOSTI pelawa kerjasama antarabangsa bagi jayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara
IIASA mempunyai kepakaran dalam analisis sistem bagi pelbagai bidang disiplin terutama yang berkaitan dengan sains alam sekitar.